Sunday, August 29, 2010

Majlis Pelancaran sambutan Ambang Merdeka ke 53 Peringkat Sekolah 2010


Pada hari ini 30 Ogos 2010. anak-anak PKBP dan PPM serta guru-guru telah mengambil bahagian dalam majlis Pelancaran Sambutan Ambang Merdeka ke 53, Peringkat Sekolah 2010.
Anak-anak PKBP yang segak berpakaian corak jalur gemilang bersama-sama warga SKSYP1 meraikan ulangtahun kelahiran Malaysia Merdeka.
Aturcara majlis adalah seperti berikut:

7.35 pagi : Semua warga SKSYP1 berhimpun di Dataran SKSYP1.
7.45 pagi: Doa
: Nyanyian Lagu NegaraKu, Selamat Sultan dan Lagu Hidup Berjasa
: Ucapan Ketua Murid
: Tinta Merdeka oleh YM Raja Ismail.
: Ucapan Tuan Guru Besar; Pn Noraidah bt Moner dan Membaca Perutusan Sempena Hari Kemerdekaan ke 53 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( oleh Tuan Guru Besar).
: Acara persembahan:
- Deklamasi sajak oleh wakil murid.
- Nyanyian lagu patriotik oleh semua warga sksyp1;
1. Lagu Tanggaal 30
2. Lagu Jalur Gemilang
3. Lagu Keranamu Malaysia.
4. Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang.
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi: Pertandingan mewarna _ Tahap 1 dan murid PKBP
Pertandingan melukis - murid tahap 2
11.30 : P & P mengikut jadual biasa.

No comments:

Post a Comment