Kenali Guru-guru PKBP 2010

Akan dikemaskini, insyaAllah

EN MAT AIL B HJ IBRAHIM (PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS)




Profail Perkhidmatan

Mat Ail bin Hj.Ibrahim memulakan tugasnya di SKSYP 1, Kuala Krai pada _16 Feb 2010. En.Mat Ail mula terlibat dalam bidang perguruan setelah mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu rakit, Terengganu pada Mei Tahun 1992 hingga Dis 1994. Memulakan karier sebagai guru di SK (LKTP)Kg.Sertik, Bentong,Pahang pada 01 Disember 1994 , kemudian bertukar ke SK.Jambu Rias, Karak, Pahang pada 01 Jun 1995. Manakala pada 01 Disember 1995 pula ditukarkan ke SK. Karak, Karak, Pahang. Selama 8 tahun menabur bakti di rantau orang. Pada 01 Jan 2003 ditukarkan ke negeri Kelantan dan mula bertugas di SK.Bukit Tiu, Machang selama 5 bulan. Pada 1hb Jun 2003 ditukarkan ke SK.Cherang Ruku sebagai Penyelaras Pendidikan Khas dan telah berkhidmat selama 7 tahun.Pada 16 Februari 2010 dilantik sebagai Penolong kanan Pendidikan Khas. memulakan tugas baru itu di SK.Sultan Yahya Petra 1 sehingga sekarang.

Sepanjang penglibatan En.Mat Ail sebagai seorang pendidik, beliau banyak menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalismenya yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Jabatan Pendidikan Khas di samping itu juga menghadiri kursus dan seminar yang dianjurkan oleh pihak - pihak NGO.



Profail Pendidikan

En Mat Ail Hj Ibrahim mendapat pendidikan awal di SK Bukit Abal , Kg.Bukit Abal,Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1977 hingga 1982. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SM Sri Maharaja, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1983 hingga 1987. Pada Tahun 1988-1989 meneruskan pengajian di SM.Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh dalam tingkatan 6. Manakala pada tahun 1990 pula meneruskan pengajian di SM.Smart di Ketereh. Setelah tamat sekolah dan menjadi penganggur selama 2 tahun telah menerima tawaran ke Maktab Perguruan. Sekarang ini meneruskan pengajian dalam bidang Sejarah di USM secara PJJ.



Profail Peribadi

Dilahirkan di Kg.Sungai kelong, Pasir Puteh, Kelantan 26 Oktober 1970.

Berkahwin pada 25 Mei 1995dikurniakan 4 orang anak ( 1 Perempuan dan 3 Lelaki ).



Aktivti Kemsyarakatan

Bergiat cergas dalam Pergerakan Pengakap di sekolah sebagai pemimpin kumpulan, AJK Pengakap Kanak-kanak di peringkat Daerah Pasir Puteh dan kini dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah.Berminat dalam kerja-kerja kebajikan dan berhasrat akan meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan selepas bersara nanti.



Anugerah yang diterima
Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005.