Sunday, August 29, 2010

Majlis Pelancaran sambutan Ambang Merdeka ke 53 Peringkat Sekolah 2010


Pada hari ini 30 Ogos 2010. anak-anak PKBP dan PPM serta guru-guru telah mengambil bahagian dalam majlis Pelancaran Sambutan Ambang Merdeka ke 53, Peringkat Sekolah 2010.
Anak-anak PKBP yang segak berpakaian corak jalur gemilang bersama-sama warga SKSYP1 meraikan ulangtahun kelahiran Malaysia Merdeka.
Aturcara majlis adalah seperti berikut:

7.35 pagi : Semua warga SKSYP1 berhimpun di Dataran SKSYP1.
7.45 pagi: Doa
: Nyanyian Lagu NegaraKu, Selamat Sultan dan Lagu Hidup Berjasa
: Ucapan Ketua Murid
: Tinta Merdeka oleh YM Raja Ismail.
: Ucapan Tuan Guru Besar; Pn Noraidah bt Moner dan Membaca Perutusan Sempena Hari Kemerdekaan ke 53 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( oleh Tuan Guru Besar).
: Acara persembahan:
- Deklamasi sajak oleh wakil murid.
- Nyanyian lagu patriotik oleh semua warga sksyp1;
1. Lagu Tanggaal 30
2. Lagu Jalur Gemilang
3. Lagu Keranamu Malaysia.
4. Lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang.
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi: Pertandingan mewarna _ Tahap 1 dan murid PKBP
Pertandingan melukis - murid tahap 2
11.30 : P & P mengikut jadual biasa.

Lawatan Guru Pelatih ke PKBP

PK Pendidikan Khas, Cikgu Mat Ail bersama guru PKBP dan PPM bergambar bersama-sama guru pelatih.







Mulai semalam 29 Ogos 2010, Kelas Pendidikan Khas SKSYP1 telah dilawati oleh beberapa guru pelatih dibawah Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu.
Guru Pelatih berkenaan ialah:
1.Noor Suhada Binti Mohd Nor dan Norhasmira Binti Salleh dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu kursus Pendidikan khas bermasalah Pembelajaran Semester 4.
2.Mohamed Razali bin Daud dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim kursus Pendidikan Khas bermasalah Pembelajaran Semester 2.
3. Nordina binti Ab Rahman dan Norhayati binti Ahmad Sayuthi dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Semester 4.
4. Nur Adilah Binti Mat Nor dan Nurul Aswanie binti Awang @ Hashim dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Semester 4.