Thursday, December 29, 2011

Kelas Khas Tahun 1996

Gambar dari Album Wawasan SKSYP1

Tuesday, December 27, 2011

MESYUARAT GURU PIPK SK SYP 1 KALI PERTAMA 2012

Tarikh : 28 Disember 2011
Hari : Khamis
Masa: 9.30 pagi
Tempat : Kelas PIPK

PK - En Mat Ail b
7 org murid ke SMSYP1
1. Jadual
2. KSSR Tahun 2
- Penentuan Tahun 1 & 2 berdasarkan kemampuan/pencapaian murid.
- Penulisan BRM
6. Geran 2012 :
Peruntukan Guru - 9 orang.
Kelas - 6 kelas.
Sementara menunggu penempatan guru - kelas dikekalkan kpd 4 kelas sesuai dgn guru yang sedia ada.
Kelas baru yang diperuntukan akan digunakan untuk menggantikan dua kelas ; Kelas C dan D.
Program inklusif - akan diadakan mengikut keperluan dan kemampuan murid.
7. Kewangan:
- Baki 630.80 + 260.00 + 70.00 + 1000.00
8. Buku Pengurusan 2012 - sudah siap
9. Murid yang pakai pampers - perbincangan akan dibuat dgn ibubapa.

Hal-hal lain
Ishak
  1. Jadual – PJ Kelas 1 dan 2 diasingkan
  2. Nama kelas – PPKI
  3. Penilaian – Senarai semak / RPI/ ikut band
  4. Kemasukan murid Slow leaner dari kelas perdana sksyp1
  5. Komputer terpakai – mohon sumbangan ibubapa.
  6. Buku Pengurusan – soft copy –pd guru-guru.
  7. Lawatan ke program PIPK berdekatan.
  8. Printer baru.
  9. Pakaian Khas PPKI
PK
RPI perlu dibuat dan diselaras dengan BRM.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 12.30 tgh

Tuesday, August 23, 2011


LAWATAN KE KUALA TERENGGANU
Kelas Integrasi Pendidikan Khas SKSYP 1
Tarikh : 27 Julai 2011
Hari : Rabu


Perjalanan ke Kuala Terengganu

Bergambar di hadapan Planetarium Kuala Terengganu

Di dalam Planetarium Kuala Terengganu


Dataran Syahbandar


Masjid Kristal


singgah di gerai keropok lekor................

Tuesday, July 12, 2011

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2002

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2002 :
TATACARA PELAKSANAAN TEMPOH BELAJAR BAGI PERSEKOLAHAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN DI
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SELURUH MALAYSIA

Kementerian Pendidikan amat prihatin dengan keperluan pendidikan bagi murid kurang
upaya di Program Pendidikan Khas dan di Program Integrasi Pendidikan Khas. Bagi
menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna Kementerian Pendidikan merasakan
bahawa tempoh belajar bagi murid kurang upaya di peringkat sekolah rendah dan
menengah perlu diberi kelonggaran.

2. Pelaksanaan proses pembelajaran dalam program pendidikan khas di sekolah
sekolah kebangsaan pendidikan khas asasnya adalah mengikuti tempoh belajar
sebagaimana murid-murid di aliran perdana iaitu selama enam tahun di sekolah rendah danlima tahun di sekolah menengah sehingga Tingkatan Lima, menjadikan jumlah tempoh
belajar selama sebelas tahun.

3. Namun begitu bagi murid berkeperluan khas di semua sekolah pendidikan khas,
Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa tempoh tersebut boleh dilanjutkan
kepada tambahan tempoh belajar selama dua tahun lagi, menjadikan jumlah tempoh
belajar selama tiga belas tahun maksimum. Tempoh lanjutan belajar ini boleh diambil samaada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satutahun di peringkat rendah dan satu tahun di peringkat menengah.

4. Pihak Jabatan Pendidikan Khas adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan
penyelarasan dilakukan agar murid kurang upaya mendapat khidmat pendidikan yang
sewajarnya selaras dengan prinsip ’Pendidikan Untuk Semua’ dan ’Pendemokrasian
Pendidikan’.

5. Berikut adalah panduan untuk melaksanakan tempoh lanjutan belajar di Program
Pendidikan Khas dan Program Integrasi Pendidikan Khas :

5.1 Pelaksanaan Di Sekolah Rendah Pendidikan Khas DAN Sekolah Rendah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan. Tempoh belajar bagi seseorang murid kurang upaya di sekolah rendah pendidikan khas atau sekolah rendah program integrasi bermasalah pendengaran dan penglihatan boleh dijalankan sama ada selama enam tahun atau tujuh tahun atau lapan tahun, bergantung kepada keperluan murid tersebut. Pelaksanaan lanjutan tempoh belajar boleh dilaksanakan dalam DUA peringkat :

5.1.1 Peringkat Awal – Lanjutan tempoh belajar satu tahun pertama boleh dilaksanakan setelah menamatkan proses pembelajaran di Tahun Satu Peringkat Pertama. Tahun belajar yang dilalui dalam lanjutan tempoh belajar peringkat awal ini dipanggil sebagai Tahun Satu Peringkat Kedua. Bagi tujuan makluman diputuskan bahawa bagi
murid kurang upaya yang menambah satu tahun pembelajaran di peringkat Tahun Satu, dinyatakan telah melalui proses pembelajaran Tahun Satu Peringkat Pertama dan Tahun Satu Peringkat Kedua.

5.1.2 Peringkat Akhir – Lanjutan tempoh belajar satu tahun kedua boleh dilaksanakan setelah menamatkan proses pembelajaran di Tahun Enam Peringkat Pertama. Tahun belajar yang dilalui dalam lanjutan tempoh belajar perintkat akhir ini dipanggil sebagai Tahun Enam Peringkat Kedua. Bagi tujuan makluman diputuskan bahawa bagi
murid kurang upaya yang menambah satu tahun pembelajaran di peringkat Tahun Enam, dinyatakan telah melalui proses pembelajaran Tahun Enam Peringkat Pertama dan Tahun Enam Peringkat Kedua.

5.1.3 Walaupun peluang lanjutan tempoh belajar dua tahun diberikan kepada semua murid kurang upaya di Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan Sekolah Rendah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan, namun bagi murid kurang upaya yang berpotensi dan berkemampuan boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran mereka dalam temph enam atau tujuh tahun.

5.2 Pelaksanaan Di Peringkat Sekolah Menengah Pendidikan Khas DAN Sekolah Menengah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan Di peringkat sekolah menengah murid kurang upaya boleh melanjutkan tempoh belajar sekiranya tidak pernah atau satu kali sahaja terlibat dalam lanjutan tempoh belajar semasa di peringkat sekolah rendah.

5.2.1 Bagi murid kurang upaya yang tidak pernah mengambil lanjutan
tempoh belajar di peringkat persekolahan rendah, layak
menggunakan satu tahun atau dua tahun lanjutan tempoh belajar
di peringkat persekolahan menengah di mana-mana tingkatan yang
diperlukan bagi tempoh Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

5.2.2 Bagi murid kurang upaya yang telah menggunakan satu tahun
lanjutan tempoh belajar di peringkat persekolahan rendah, hanya
layak menggunakan satu tahun lagi lanjutan tempoh belajar di
mana-mana tingkatan yang diperlukan bagi tempoh Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima.

5.2.3 Tiada lanjutan tempoh belajar di peringkat persekolahan menengah
bagi murid kurang upaya yang telah menggunakan dua tahun lanjutan
tempoh belajar semasa di peringkat persekolahan rendah.

5.3 Pelaksanaan Di Sekolah Rendah Program Integrasi Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran

5.3.1 Bagi murid yang berada di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran
(KKBP) Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran, tempoh belajar adalah dari umur minimum 6 tahun
sehingga maksimum 14 tahun.

6. Sebagai panduan kepada guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah
Program Pendidikan Khas dan Program Integrasi Pendidikan Khas, berikut adalah di antara beberapa peranan yang sewajarnya dilakukan :

6.1 Sukatan Pelajaran wajib diselesaikan mengikut tahun pengajian yang telah
ditetapkan. Guru mesti menyelesaikan sukatan pelajaran terutama bagi
Tahun Satu dan Tahun Enam peringkat pertama.

6.2 Tahun lanjutan merupakan fasa penting bagi aktiviti pengayaan untuk
meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran atau sebagai satu fasa
khusus bagi proses mengulangkaji secara intensif dengan memfokus
kelemahan murid dan memberi penekanan kepada latih tubi.

6.3 Guru mesti mengenalpasti kelemahan murid dan membuat perancangan teliti
bagi proses pengayaan kemahiran atau strategi dalam menjalankan aktiviti
latih tubi agar murid dapat memanfaatkan fasa lanjutan belajar sebelum
menghadapi proses pembelajaran di tahap seterusnya dengan lebih
berkeyakinan.

PIPK VS PDK

Hari ini; 12 Julai 2011, sekali lagi kami dilawati oleh Pegawai 3P berkaitan cadangan untuk penempatan murid PIPK ke PDK. Semalam, bapa kepada M Faris telah datang ke sekolah untuk berbincang tentang penempatan semula anaknya ke PIPK SKSYP1. Perbincangan dengan Guru Besar telah dibuat dan kami difahamkan minggu hadapan M Faris akan kembali ke PIPK SKSYP1. kami akur dengan perintah.
Lawatan 3 orang dari Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) SPK Lati, Pasir Mas masih lagi berkaitan dengan penempatan M Faris. Encik Nik ____, Pn ____ dan EN ___ sempat berbincang dengan Cikgu Noramadhan tentang beberapa tindakan susulan yang perlu dilakukan berkaitan penempatan kembali M Faris ke PIPK SKSYP1. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah:
1. Memaklumkan kepada ibubapa ketiga-tiga orang murid :
a. M Hilman
b. Wan Mohd Shahidan
c. M Faris
bahawa pemeriksaan semula akan dibuat oleh Pakar Perubatan USM tentang status dan cadangan penempatan anak-anak mereka.
2. Penempatan kembali ketiga-tiga orang murid berkenaan perlu dibuat kerana cadangan untuk ke PDK ditolak atas dasar PDK tidak dapat lagi menampung anak-anak istimewa kerana kekangan ruang dan peruntukan.
3. Penempatan kembali murid-murid berkenaan ke PIPK SKSYP1 adalah atas dasar sementara sebelum tindakan pemeriksaan semula oleh pakar USM dibuat. Sekiranya pakar perubatan USM mencadangkan murid berkenaan ditempatkan terus di PIPK SKSYP1, mereka akan terus dididik di PIPK sehingga berumur 13 atau 14 tahun. Sebaliknya jika Pakar Perbatan USM mencadangkan murid berkenaan ditempatkan di PDK, ibubapa murid seharusnya bertindak mengikut cadangan tersebut.
4.

Saturday, May 21, 2011

MESYUARAT KHAS PKBP - PROGRAM SAMBUTAN HARI JADI 1/2011

PK PK
Lawatan ke rumah Yb Zulkapli telah dibuat pagi tadi. Perbincangan dengan En Zulkapli telah dibuat berkaitan:
1. Jamuan - akan ditanggung sepenuhnya oleh tuan rumah
2. Kek untuk program hari jadi telah ditempah dan akan ditanggung sepenuhnya oleh tuan rumah.
3. Jumlah jemputan dijangka seramai 85 orang - murid, ibubapa dan guru-guru.
4. Persiapan lain ; kolam mandi dan karoeke.

5. Aturcara :

a. Doa
b. Ucapan PKPK
c. Ucapan Guru Besar
d. Ucapan YB M Zulkafli
e. Acara potong kek hari lahir
f. Penyampaian Hadiah Hari Lahir - 18 orang murid.
g. Persembahan.
h. Jamuan makan.

6. Hadiah hari jadi disediakan oleh tuan rumah.
7. Majlis dijangka tamat pada 12.30 tgh.

Persediaan pihak sekolah ( PKBP);
1. Kek
2. Hadiah
3. Cenderahati kpd tuan rumah.
4. Jemputan kpd GB dan PK
5. Pengacara : Cikgu Noraini
6. Persembahan murid. - Tindakan Pn Noramadhan
7. Reben setiap kereta. - Tindakan Pn Mazli
8. Brouser program dan PIPK - tindakan Pn Noraini
9. Tan Weng Weng dan Ikhwan Dzakirin juga terlibat.

Saturday, May 7, 2011

Mesyuarat PKBP

Tarikh ; 8 Mei 2011
Hari : Ahad
Tempat : Bilik PKBP

PK PKBP.
1. Isu cadangan penempatan murid PKBP ke PDK telah mencetuskan beberapa perkara yang terpaksa pihak KPM dan JPN campur tangan. Dua orang ibubapa/ penjaga telah mengadu hal tentang perkara di atas kepada pihak kementerian. Penjelasan telah dibuat oleh PK PKBP kepada pihak berkenaan.

2. Majlis sambutan hari jadi ke 2/2011. Ibubapa M Nazeim telah mempelawa murid, guru dan ibubapa untuk meraikan majlis tersebut.
Keputusan dicapai:
a. Ibubapa perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir bersama anak-anak sendiri.
b. Tarikh yang dicadangkan : 25 Mei 2011 (Rabu).
c. Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh

3. Format pemantauan - taklimat kepada 12 buah sekolah yang telah dipantau, utk mencapai ISO 2000, format baru perlu dipatuhi dengan menggunakan borang yang diberikan. Borang tidak perlu diubah dan gunakan borang yang diberikan.
Hasil pemantauan yang lalu, beberapa teguran yang dibuat telah diambil tindakan.

4. EMK - Elaun murid khas , download borang EMK yang terbaru dengan maklumat yang lebih kemaskini di laman web BPkhas; http://www.moe.gov.my/bpkhas. Hanya murid yang mempunyai kad OKU sahaja akan diberikan EMK. Murid yang tiada kad OKU tidak akan diberi EMK. Pemberian EMK bermula dari tarikh kad dikeluarkan.

5. Majlis Sambutan Hari Guru - Wakil PKBP perlu dilatih utk menyertai acara sambutan Hari Guru 2011.
Jualan Hari Guru akan dimulakan pada hari Rabu hingga Ahad pada waktu rehat. Tarikh 11 - 15 Mei 2011.

Hal-hal lain:
1. Hilman dan Faris yang diambil semula dengan tempoh percubaan 3 bulan. Pemantauan oleh JPN akan dibuat dalam tempoh tersebut.
2. Perbincangan lanjut akan dibuat dengan ibubapa murid berkenaan.
3. Murid lain juga mungkin akan diterima.

PK: Terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam mengendalikan PKBP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang

Monday, April 25, 2011

KEM BESTARI SOLAT PKBP 2011




PK 1, Pn Hjh Zawah bt Essa menyampaikan hadiah kepada murid yang berjaya....

Terima kasih Cik gu...



PK 1 sedang menyampaikan pesanan kepada ank-anak istimewa yang terlibat dalm Kem Bestari Solat 1/ 2011




Aktiviti LDK - Pn Noramadhan sedang berinteraksi dengan anak-anak istimewa..





Tuesday, January 11, 2011

Pemantauan Pegawai Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan

11 Jan 2011
12.00tgh
Bilik PKBP

Seramai 3 org pegawai JPN Unit Pendidikan Khas telah membuat pemantauan di PKBP SKSYP diiringi Pegawai PPD Pendidikan khas; En Mohd Nasrul.
Pegawai JPN Unit Pendidikan Khas ialah:
1. En Yahya
2. En Azhar
3. En Abd Hamid b

Kad OKU- murid yg tiada kad OKU
1. Mohd Shahrul Nazim b Mohd - ibubapa tidak dpt menerima hakikat anaknya OKU. Kad tidak dibuat.
2. Nurul Erni Nazira bt Mohd Nor
3. Mohd Ikmal Hakim b Zakaria.
4.

Elaun murid Khas - semua dapat EMK.

Kes Ikhwan DZakirin b Mohd Suhaizani - inklusif penuh
Kes Tan Win Win - program inklusif sepenuhnya selama 5 tahun. Sekarang di tahun 6. Perbincangan ibubapa perlu dibuat.

ZABA - Pegawai Pengurusan Sekolah
En Mohd Nasrul b Ali- Pen Pegawai Pelajaran daerah Pend khas & Pemulihan Khas dan Swasta
Th2 guna saringan LINUS 3 2010. Dibenarkan bantu murid lain.Th 3 guna IPP2M

Sunday, January 2, 2011

Mesyuarat Khas PKBP Kali ke 2 / 2011

Tarikh: 3 Jan 2011
Hari : Isnin
Masa : 1.15 ptg
Tempat ; Bilik PKBP

Agenda:
1. Pemurnian kembali jadual waktu
2. Yuran / Bayaran Tambahan 2011
3. Program Inklusif
4. Perlaksanaan Ko Kurikulum
5. Hal-hal lain


1. Ucapan PK
Perjumpaan diadakan untuk beberapa agenda yang penting. Beberapa tindakan perlu disegerakan.

2. Yuran & Bayaran Tambahan Persekolahan 2011
Berikut adalah jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh ibubapa/penjaga:

  • Yuran Persekolahan 2011 : RM 61.00
  • Bayaran Tambahan Persekolahan : lelaki RM 13.70 & perempuan RM 35.70
3. Program Inklusif
Berikut adalah senarai murid yang terlibat bagi Program Inklusif 2011:

  • Nurul Wafiqah bt Rashid : BM, Matematik, BI, Sains
  • Muhammad Haris Asyraf : BM, Matematik, BI, Sains
  • Muhammad Ikmal Hakim : BM, Matematik, BI, Sains
  • Muhammad Amirul Faiz : Matematik
  • Anis Zahirah : BM (percubaan dalam tempoh 3 minggu)

4) Pemurnian Kembali Jadual Waktu

  • Ust Pn Norazlina mohon supaya Kelas A & Kelas B tidak digabungkan semasa waktu Pendidikan Islam.
  • Cikgu Pn Noramadhan mohon supaya masa mengajar untuknyaditambah 6 masa ( kelas Anggerik) Pendidikan Islam.
  • Masa Pengurusan Diri pada hari Selasa digabungkan semua kelas untuk Pengurusan Diri (Keagamaan).
  • Masa Pendidikan Jasmani bagi:
  • Kelas A & B : Pendidikan Jasmani (2 masa) & Pendididkan Kesihatan (2 masa)
  • Kelas C & D : Pendidikan Jasmani (4 masa)

5) Contoh Rancangan Mengajar KSSR- semua guru diminta untuk menyelaraskan penulisan BRM berdasarkan contoh yang disediakan oleh JPN ( Pendidikan khas ) yang diberi semasa kursus di Gua Musang. ( Semua guru disdiakan lampiran yang berkenaan)

6) Ko-Kurikulum

PJ mesti dibuat pada hari Rabu supaya selaras dengan hari Ko-Kurikulum aliran perdana. Pakaian murid adalah pakaian sukan. Murid yang terlibat adalah seramai 18 orang.

7) Hal-hal lain

  • Ujian pertama akan dinilai untuk penempatan Tan Weng Weng samada dibenarkan mengambil UPSR ataupun tidak.
  • Pengambilan murid yang gagal mengurus diri tidak dibenarkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 ptg