Saturday, May 21, 2011

MESYUARAT KHAS PKBP - PROGRAM SAMBUTAN HARI JADI 1/2011

PK PK
Lawatan ke rumah Yb Zulkapli telah dibuat pagi tadi. Perbincangan dengan En Zulkapli telah dibuat berkaitan:
1. Jamuan - akan ditanggung sepenuhnya oleh tuan rumah
2. Kek untuk program hari jadi telah ditempah dan akan ditanggung sepenuhnya oleh tuan rumah.
3. Jumlah jemputan dijangka seramai 85 orang - murid, ibubapa dan guru-guru.
4. Persiapan lain ; kolam mandi dan karoeke.

5. Aturcara :

a. Doa
b. Ucapan PKPK
c. Ucapan Guru Besar
d. Ucapan YB M Zulkafli
e. Acara potong kek hari lahir
f. Penyampaian Hadiah Hari Lahir - 18 orang murid.
g. Persembahan.
h. Jamuan makan.

6. Hadiah hari jadi disediakan oleh tuan rumah.
7. Majlis dijangka tamat pada 12.30 tgh.

Persediaan pihak sekolah ( PKBP);
1. Kek
2. Hadiah
3. Cenderahati kpd tuan rumah.
4. Jemputan kpd GB dan PK
5. Pengacara : Cikgu Noraini
6. Persembahan murid. - Tindakan Pn Noramadhan
7. Reben setiap kereta. - Tindakan Pn Mazli
8. Brouser program dan PIPK - tindakan Pn Noraini
9. Tan Weng Weng dan Ikhwan Dzakirin juga terlibat.

Saturday, May 7, 2011

Mesyuarat PKBP

Tarikh ; 8 Mei 2011
Hari : Ahad
Tempat : Bilik PKBP

PK PKBP.
1. Isu cadangan penempatan murid PKBP ke PDK telah mencetuskan beberapa perkara yang terpaksa pihak KPM dan JPN campur tangan. Dua orang ibubapa/ penjaga telah mengadu hal tentang perkara di atas kepada pihak kementerian. Penjelasan telah dibuat oleh PK PKBP kepada pihak berkenaan.

2. Majlis sambutan hari jadi ke 2/2011. Ibubapa M Nazeim telah mempelawa murid, guru dan ibubapa untuk meraikan majlis tersebut.
Keputusan dicapai:
a. Ibubapa perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir bersama anak-anak sendiri.
b. Tarikh yang dicadangkan : 25 Mei 2011 (Rabu).
c. Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh

3. Format pemantauan - taklimat kepada 12 buah sekolah yang telah dipantau, utk mencapai ISO 2000, format baru perlu dipatuhi dengan menggunakan borang yang diberikan. Borang tidak perlu diubah dan gunakan borang yang diberikan.
Hasil pemantauan yang lalu, beberapa teguran yang dibuat telah diambil tindakan.

4. EMK - Elaun murid khas , download borang EMK yang terbaru dengan maklumat yang lebih kemaskini di laman web BPkhas; http://www.moe.gov.my/bpkhas. Hanya murid yang mempunyai kad OKU sahaja akan diberikan EMK. Murid yang tiada kad OKU tidak akan diberi EMK. Pemberian EMK bermula dari tarikh kad dikeluarkan.

5. Majlis Sambutan Hari Guru - Wakil PKBP perlu dilatih utk menyertai acara sambutan Hari Guru 2011.
Jualan Hari Guru akan dimulakan pada hari Rabu hingga Ahad pada waktu rehat. Tarikh 11 - 15 Mei 2011.

Hal-hal lain:
1. Hilman dan Faris yang diambil semula dengan tempoh percubaan 3 bulan. Pemantauan oleh JPN akan dibuat dalam tempoh tersebut.
2. Perbincangan lanjut akan dibuat dengan ibubapa murid berkenaan.
3. Murid lain juga mungkin akan diterima.

PK: Terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam mengendalikan PKBP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang