Kajian Kes 2010

Akan memaparkan secara terperinci maklumat murid terpilih sebagai subjek kajian dengan alasan yang istimewa. InsyaAllah akan dikemaskinikan kemudian.









1. NORSYAMIMI SYAHIRAH BT JOHAR

Dilahirkan sebagai anak ketiga daripada enam orang adik-beradik; 4 perempuan dan 2 lelaki. Norsyamimi mempunyai 2 orang kakak. Kak Longnya berumur 17 tahun ( pd tahun 2010) dan adik bongsunya 3 tahun. Ayahnya; En Johar adalah tukang rumah sementara ibunya surirumah sepenuh masa. Ibu dan ayah berasal dari Sg Kladi, Pasir Mas dan sekarang menetap di setinggan KTMB Kuala Krai.

Norsyamimi dilahirkan sebagai bayi yang sempurna pada 19 Januari 2000. Memulakan persekolahan di tahun satu pada tahun 2007. Belajar di kelas 1 Pintar dan seterusnya pada tahun 2008 mendaki tahun 2 Cerdas dan menduduki tahun 3 Cerdas pada tahun 2009.

Permasalahan kesihatan Norsyamimi bermula ada bulan Mei 2009 apabila diserang sakit apendik peringkat kritikal. Pada 9 Mei 2010, Norsyamimi mula menunjukkan rasa kurang sihat. Ibunya membawa ke klinik swasta di bandar Kuala Krai. Rawatan diberi sebagai pesakit demam biasa. Menyedari keadaan anaknya yang semakin serius, pada 12 Mei 2010 ibunya Pn _____ ( tahun) membawa Norsyamimi mendapat rawatan di Klinik Bandar, Kuala Krai. Rawatan dan pemeriksaan darah yang dilakukan, Norsyamimi dirawat sebagai pesakit demam biasa. Bekalan ubatan dari klinik Bandar telah dimakan namun penyakit Norsyamimi didapati semakin serius dengan mengalami cirit-birit ( muntah-muntah dan berak-berak).
Menjelang Subuh 12 Mei 2010, dalam kepayahan pagi yang dingin, bonda dan ayahnda tersayang memangku Norsyamimi yang dalam keadaan separuh sedar; mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Krai. Keadaan Norsyamimi semakin serius dan anak kecil berkulit hitam manis sudah tidak sedarkan diri. Menjelang jam 2.10 petang, 13 Mei 2010, Norsyamimi telaah dihantar untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Zainab 2, Kota Bharu.


Pakar bedah Hospital Kota Bharu memaklumkan bahawa Norsyamimi mengidap sakit apendik yang kritikal. Apendiknya sudah pecah dan kuman sudah merebak ke seluruh badan. Namun, pembedahan tidak dapat dibuat dengan segera memandangkan keadaan fizikalnya yang lemah. Menjelang Maghrib, Norsyamimi ditempatkan di wad ICU kanak-kanak Hospital Sultanah Zainab 2, Kota Bharu.

15 Mei 2010, Norsyamimi mula menjalani pembedahan untuk rawatan apendik. Pembedahan yang memakan masa selama 2 jam telah berjaya merawat apendik. Malangnya kuman dari apendik yang pecah telah merebak kebuah pinggang. Rawatan hemodelisis terpaksa dilakukan. Setakat ini Norsyamimi masih belum sedarkan diri iaitu selama 20 hari. Pada 16 Mei 2010 Norsyamimi sekali lagi terpaksa dibedah. Diikuti oleh pembedahan kali ketiga tidak berapa lama kemudian. Sepanjang rawatan di HRPZ 2, Norsyamimi telaha ditempatkan selama lebih dari sebulan di wad ICU kanak-kanak dan sebulan lagi di wad ICU dewasa.
Kemudian Norsyamimi telah dipindahkan ke wad biasa selama dua minggu sebelum dipindahkan ke wad Hospital Kuala Krai untuk rawatan susulan. Pada 27 Julai 2010 Norsyamimi telah keluar dari wad Hospital Kuala Krai.
Selain mendapat rawatan di hospital, Norsyamimi juga dirawat menggunakan rawatan tradisional. Pengamal rawatan tradisional berpendapat Norsyamimi 'terkena gangguan' yang ditujukan kepada orang lain.
Akhir Jan 2010 Norsyamimi dirujuk ke doktor pakar yang kemudiannya mengesyorkannya untuk ditempatkan di Program Integrasi Pendidikan Khas (PKBP) SK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Kad OKU diperolehi pada bulan Mac 2010.

Pemerhatian pada bulan September 2010.
1. Percakapan masih kurang jelas dan kadang-kadang tidak difahami.
2. Berpatang dengan makanan tertentu - kacang-kacangan.
3. Berdiri masih memerlukan bantuan orang lain.
4. Menggunakan kerusi roda - sumbangan Hospital Kota Bahru ( healthcare).