Tuesday, July 12, 2011

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2002

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2002 :
TATACARA PELAKSANAAN TEMPOH BELAJAR BAGI PERSEKOLAHAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN DI
PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SELURUH MALAYSIA

Kementerian Pendidikan amat prihatin dengan keperluan pendidikan bagi murid kurang
upaya di Program Pendidikan Khas dan di Program Integrasi Pendidikan Khas. Bagi
menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna Kementerian Pendidikan merasakan
bahawa tempoh belajar bagi murid kurang upaya di peringkat sekolah rendah dan
menengah perlu diberi kelonggaran.

2. Pelaksanaan proses pembelajaran dalam program pendidikan khas di sekolah
sekolah kebangsaan pendidikan khas asasnya adalah mengikuti tempoh belajar
sebagaimana murid-murid di aliran perdana iaitu selama enam tahun di sekolah rendah danlima tahun di sekolah menengah sehingga Tingkatan Lima, menjadikan jumlah tempoh
belajar selama sebelas tahun.

3. Namun begitu bagi murid berkeperluan khas di semua sekolah pendidikan khas,
Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa tempoh tersebut boleh dilanjutkan
kepada tambahan tempoh belajar selama dua tahun lagi, menjadikan jumlah tempoh
belajar selama tiga belas tahun maksimum. Tempoh lanjutan belajar ini boleh diambil samaada di peringkat persekolahan rendah ataupun menengah ataupun kedua-duanya iaitu satutahun di peringkat rendah dan satu tahun di peringkat menengah.

4. Pihak Jabatan Pendidikan Khas adalah dipertanggungjawabkan untuk memastikan
penyelarasan dilakukan agar murid kurang upaya mendapat khidmat pendidikan yang
sewajarnya selaras dengan prinsip ’Pendidikan Untuk Semua’ dan ’Pendemokrasian
Pendidikan’.

5. Berikut adalah panduan untuk melaksanakan tempoh lanjutan belajar di Program
Pendidikan Khas dan Program Integrasi Pendidikan Khas :

5.1 Pelaksanaan Di Sekolah Rendah Pendidikan Khas DAN Sekolah Rendah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan. Tempoh belajar bagi seseorang murid kurang upaya di sekolah rendah pendidikan khas atau sekolah rendah program integrasi bermasalah pendengaran dan penglihatan boleh dijalankan sama ada selama enam tahun atau tujuh tahun atau lapan tahun, bergantung kepada keperluan murid tersebut. Pelaksanaan lanjutan tempoh belajar boleh dilaksanakan dalam DUA peringkat :

5.1.1 Peringkat Awal – Lanjutan tempoh belajar satu tahun pertama boleh dilaksanakan setelah menamatkan proses pembelajaran di Tahun Satu Peringkat Pertama. Tahun belajar yang dilalui dalam lanjutan tempoh belajar peringkat awal ini dipanggil sebagai Tahun Satu Peringkat Kedua. Bagi tujuan makluman diputuskan bahawa bagi
murid kurang upaya yang menambah satu tahun pembelajaran di peringkat Tahun Satu, dinyatakan telah melalui proses pembelajaran Tahun Satu Peringkat Pertama dan Tahun Satu Peringkat Kedua.

5.1.2 Peringkat Akhir – Lanjutan tempoh belajar satu tahun kedua boleh dilaksanakan setelah menamatkan proses pembelajaran di Tahun Enam Peringkat Pertama. Tahun belajar yang dilalui dalam lanjutan tempoh belajar perintkat akhir ini dipanggil sebagai Tahun Enam Peringkat Kedua. Bagi tujuan makluman diputuskan bahawa bagi
murid kurang upaya yang menambah satu tahun pembelajaran di peringkat Tahun Enam, dinyatakan telah melalui proses pembelajaran Tahun Enam Peringkat Pertama dan Tahun Enam Peringkat Kedua.

5.1.3 Walaupun peluang lanjutan tempoh belajar dua tahun diberikan kepada semua murid kurang upaya di Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan Sekolah Rendah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan, namun bagi murid kurang upaya yang berpotensi dan berkemampuan boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran mereka dalam temph enam atau tujuh tahun.

5.2 Pelaksanaan Di Peringkat Sekolah Menengah Pendidikan Khas DAN Sekolah Menengah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dan Penglihatan Di peringkat sekolah menengah murid kurang upaya boleh melanjutkan tempoh belajar sekiranya tidak pernah atau satu kali sahaja terlibat dalam lanjutan tempoh belajar semasa di peringkat sekolah rendah.

5.2.1 Bagi murid kurang upaya yang tidak pernah mengambil lanjutan
tempoh belajar di peringkat persekolahan rendah, layak
menggunakan satu tahun atau dua tahun lanjutan tempoh belajar
di peringkat persekolahan menengah di mana-mana tingkatan yang
diperlukan bagi tempoh Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

5.2.2 Bagi murid kurang upaya yang telah menggunakan satu tahun
lanjutan tempoh belajar di peringkat persekolahan rendah, hanya
layak menggunakan satu tahun lagi lanjutan tempoh belajar di
mana-mana tingkatan yang diperlukan bagi tempoh Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima.

5.2.3 Tiada lanjutan tempoh belajar di peringkat persekolahan menengah
bagi murid kurang upaya yang telah menggunakan dua tahun lanjutan
tempoh belajar semasa di peringkat persekolahan rendah.

5.3 Pelaksanaan Di Sekolah Rendah Program Integrasi Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran

5.3.1 Bagi murid yang berada di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran
(KKBP) Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran, tempoh belajar adalah dari umur minimum 6 tahun
sehingga maksimum 14 tahun.

6. Sebagai panduan kepada guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah
Program Pendidikan Khas dan Program Integrasi Pendidikan Khas, berikut adalah di antara beberapa peranan yang sewajarnya dilakukan :

6.1 Sukatan Pelajaran wajib diselesaikan mengikut tahun pengajian yang telah
ditetapkan. Guru mesti menyelesaikan sukatan pelajaran terutama bagi
Tahun Satu dan Tahun Enam peringkat pertama.

6.2 Tahun lanjutan merupakan fasa penting bagi aktiviti pengayaan untuk
meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran atau sebagai satu fasa
khusus bagi proses mengulangkaji secara intensif dengan memfokus
kelemahan murid dan memberi penekanan kepada latih tubi.

6.3 Guru mesti mengenalpasti kelemahan murid dan membuat perancangan teliti
bagi proses pengayaan kemahiran atau strategi dalam menjalankan aktiviti
latih tubi agar murid dapat memanfaatkan fasa lanjutan belajar sebelum
menghadapi proses pembelajaran di tahap seterusnya dengan lebih
berkeyakinan.

PIPK VS PDK

Hari ini; 12 Julai 2011, sekali lagi kami dilawati oleh Pegawai 3P berkaitan cadangan untuk penempatan murid PIPK ke PDK. Semalam, bapa kepada M Faris telah datang ke sekolah untuk berbincang tentang penempatan semula anaknya ke PIPK SKSYP1. Perbincangan dengan Guru Besar telah dibuat dan kami difahamkan minggu hadapan M Faris akan kembali ke PIPK SKSYP1. kami akur dengan perintah.
Lawatan 3 orang dari Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) SPK Lati, Pasir Mas masih lagi berkaitan dengan penempatan M Faris. Encik Nik ____, Pn ____ dan EN ___ sempat berbincang dengan Cikgu Noramadhan tentang beberapa tindakan susulan yang perlu dilakukan berkaitan penempatan kembali M Faris ke PIPK SKSYP1. Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah:
1. Memaklumkan kepada ibubapa ketiga-tiga orang murid :
a. M Hilman
b. Wan Mohd Shahidan
c. M Faris
bahawa pemeriksaan semula akan dibuat oleh Pakar Perubatan USM tentang status dan cadangan penempatan anak-anak mereka.
2. Penempatan kembali ketiga-tiga orang murid berkenaan perlu dibuat kerana cadangan untuk ke PDK ditolak atas dasar PDK tidak dapat lagi menampung anak-anak istimewa kerana kekangan ruang dan peruntukan.
3. Penempatan kembali murid-murid berkenaan ke PIPK SKSYP1 adalah atas dasar sementara sebelum tindakan pemeriksaan semula oleh pakar USM dibuat. Sekiranya pakar perubatan USM mencadangkan murid berkenaan ditempatkan terus di PIPK SKSYP1, mereka akan terus dididik di PIPK sehingga berumur 13 atau 14 tahun. Sebaliknya jika Pakar Perbatan USM mencadangkan murid berkenaan ditempatkan di PDK, ibubapa murid seharusnya bertindak mengikut cadangan tersebut.
4.